Bagaimana rupanya dan bentuk fizikalnya?
Ibnu Jurayj mengatakan bahawa Ibnu Zubair menerangkan binatang ini dengan terperinci, "Kepalanya seperti kepala kerbau, matanya seperti mata khinzir, telinganya seperti telinga gajah, tanduknya seperti tanduk rusa jantan, lehernya seperti leher burung unta, dadanya seperti dada singa, warna kulitnya seperti warna kulit harimau, pinggulnya seperti pinggul kucing, ekornya seperti ekor biri-biri jantan dan kakinya seperti kaki unta. "
Kewujudannya dapat di buktikan melalui ayat Quran yang bermaksud :
Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami. (An Naml: 82)
Hadis Rasulullah S.A.W juga ada menyebut tentang haiwan ini :
"Binatang ini akan muncul dari perut bumi dan akan membawa tongkat Musa dan memakai cincin Sulaiman. Ia akan memukul hidung orang kafir dengan tongkat itu dan akan mengusap wajah orang beriman sehingga cerah dengan cincin itu. Sehingga mereka makan bersama, mereka akan saling mengenali orang yang beriman dan yang kafir." Hadis Riwayat Abu Hurairah R.A.
" Sesungguhnya tanda -tanda kiamat pertama yg akan terjadi adalah terbitnya matahari dari tempat terbenamnya dan keluarnya seekor binatang kepada manusia pada waktu dhuha ,yg mana-mana diantara hal ini akan terjadi lebih dahulu ,maka keduanya akan berlaku pada jangka waktu yg dekat "
Tempat munculnya adalah dari sebuah padang pasir seperti hadis yang berbunyi :
Nabi membawaku ke tempat yang berpasir, dekat Mekkah. Tempat itu sangat tandus yang dikelilingi oleh pasir. Muhammad bersabda: Binatang buas ini akan muncul dari tempat ini dan tempat ini sangat kecil. Hadits riwayat Ibnu Majah
Haiwan ini sangat besar dan panjang, malah ianya juga berlari dengan pantas sepantas kuda berlari. Ketika dabbatul ard ini keluar dari bumi, ianya akan berlari sepantas kuda, manakala setelah 3 hari berlari cuma 1/3 sahaja badannya yang keluar dari perut bumi. Bayangkan betapa panjangnya haiwan ini.
Bagaimana ia bersembunyi? sedangkan apa yang kita pelajari semasa sekolah dulu bahawasanya di dalam bumi ini merupakan kawasan yang sangat panas sehingga batu-batuan cair dan kawasan itu. Dan bila keluar dari bumi, batuan cair ini kita panggil lahar atau magma.
Jadi bagaimana haiwan ini boleh selamat dan bagaimana ia hidup di dalam perut bumi yang di katakan panas itu? Itu semua adalah tanda- tanda kekuasaan Allah S.W.T. Bagaimana jika dikatakan perut bumi ini sebenarnya Allah cipta kosong yang mana terdapat lubang yang besar di tengah pusat bumi? Adakah anda percaya atau masih terpesona dengan teori para saintis yang cuba untuk menidakkan peristiwa akhir zaman ini? Sebenarnya teori tentang lubang di tengah bumi ini sangat hangat di perkatakan.
HOLLOW EARTH, itulah gelaran yang jarang kita dengar malah mungkin anda. sendiri tidak pernah mendengarnya. Tetapi itulah hakikatnya, sekarang lebih ramai yang percaya teori hollow earth berbanding, teori sains yang para saintis sendiri pun tidak pernah sampai ke teras bumi.
Lubang yang sangat besar sepeti ini memungkinkan teori tentang dabbatul ard ini duduk di dalam perut bumi adalah benar. Teori tentang hollow earth ini sudah wujud sejak zaman purba lagi, sehingga mereka percaya ada matahari di dalam perut bumi ini, dan juga kehidupan dari tamadun yang sangat maju. Kita tolak tepi dahulu teori mereka itu. Apa yang di tekankan di sini adalah lubang besar di dalam perut bumi tempat persembunyian dabbatul ard ini besar kemungkinan wujud. Kerana sehingga entry ini di tulis, belum ada seorang saintis pun yang dapat mengorek dan membuktikan yang bumi mempunyai teras yang terdiri dari batu cair.
Tugas dabbatul ard ini ketika keluarnya ialah membezakan antara orang beriman dengan yang kufur. Sebelah kirinya memegang tongkat nabi Musa A.S, dan tangan sebelah kanannya memegang cincin nabi Sulaiman A.S. Ketika orang beriman di usap dengan tongkat dan cincin itu, muka mereka bersinar dan terang, manakala orang yang kufur pula, wajah merekan akan menjadi hitam dah sangat teruk.
Demikianlah sedikit sebanyak tentang haiwan ini. Semoga kita sentiasa berada dalam keadaan bersedia menghadapi akhir zaman yang semakin mencabar ini. Amin.

