Pelajari adab- adab membaca al-Quran
Download
Panji Aliff
Perjuangan Dunia Akhir Zaman Kini Bermula
Sunday, December 11, 2011
Sunday, December 4, 2011
Siapa Yakjuj Dan Makjuj? (Bhg. 1)
Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. (Al-Kahfi 18:93) |
Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" (Al-Kahfi 18:94) |
Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. (Al-Kahfi 18:95) |
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, ddia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya". (Al-Kahfi 18:96) |
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Al-Kahfi 18:97) |
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar". (Al-Kahfi 18:98) |
Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar. (Al-Kahfi 18:99) |
Dalam Al-Quran sendiri telah disebutkan tentang satu kaum yang melakukan kerosakan di muka bumi ini. dan kemudian mereka di kurung oleh tembok yang di bina oleh Iskandar Zulkarnain. Dan kini kaum ini dikenali sebagai Yakjuj dan Makjuj @ Ya'juj wa Ma'juj, Gog And Maggog, telah lama berada dalam kurungan. Masanya sudah hampir sampai untuk mereka bebas.
Dari mana mereka akan muncul?
(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi. (Al-Anbiyaa' 21:96) |
Sesungguhnya pada hari yang di janjikan itu, yakjuj dan makjuj ini akan keluar dari tempat yang tinggi. Bagaimanapun tidak di nyatakan apakah maksud tempat yang tinggi itu. Ada pendapat menyatakan ianya adalah puncak-puncak gunung kerana mereka telah di kurung antara 2 gunung. Tapi tidak mustahil juga ianya muncul dari bangunan pencakar langit yang giat di bina di seluruh dunia, kerana bangunan-bangunan itu juga boleh
Adakah mereka juga manusia? Bagaimana rupa mereka?
Yakjuj dan Makjuj adalah 2 bangsa manusia yang berasal dari keturunan Yafits Bin Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S), cuma rupanya dan wajahnya mungkin berbeza dari manusia zaman sekarang. Mungkin akibat terkurung di dalam tembok beberapa keturunan, maka wajah mereka telah berubah dan berevolusi. Mereka di katakan sangat gagah dan tidak boleh ditewaskan oleh manusia. Umur yang panjang dan dikatakan hanya mati selepas keturunan ke-1000. Ada pendapat pula menyatakan golongan ini mempunyai ketinggian sehingga 3 hasta dan mempunyai rupa yang berbeza-beza sehingga ada yang mempunyai telinga yang sangat lebar sehingga boleh dijadikan alas ketika mereka tidur. Kulit mereka juga dikatakan sangat tebal sehingga senjata manusia pada hari ini tidak mampu menembusi kulit yakjuj makjuj ini.
Bagaimanapun ada pula pendapat menyatakan bahawa mereka ini bukan dari keturunan manusia. Malah sehingga ada yang menyatakan mereka ini berketurunan makhluk asing sehingga teori pelik seperti dimensi dan lubang cacing menjadi pertaruhan mereka dalam membuktikan kajian mereka. Bagaimanapun pendapat yang pelik seperti ini tidak semestinya salah. Cuma perlu kajian dan bukti yang lebih kukuh lagi untuk mereka tampilkan kepada umum.
Saturday, December 3, 2011
Koleksi Ceramah Dato' Ismail Kamus
Subscribe to:
Posts (Atom)